Salam...
Siapa siapa itu??? memandang pada aku?? pernah tengok trailer ni kat Astro? siapa yang pernah tengok mesti tahu kan.. enjoy the song.. ^___^
Sepatut nya khal nak update untuk entri ni Isnin lepas.. tapi memandangkan workload dan internet kat rumah ade problem sikit..so tak leh nak update... ni tengah free2 ni dan internet kat rumah dah ok...khal amek kesempatan la nak update blog walaupun takde sape pun bace.. ^_^ takpelah.. khal tak kisah pun.. hehe
ok2.. pertama-tamanya.. khal nk ucapkan terima kasih kat QARL yang sudi ajak khal dan member (Ain) pergi tengok teater ni.. hehe.. first time ok tengok teater petang di Istana Budaya.. teater2 sebelum ni yang khal pernah pergi tengok pun malam je.. hihi.. sebenarnya khal memang nak tengok sangat teater ni..dah siap discuss dengan member lagi sorang tu nak gi tengok minggu terkahir pementasan nanti.. tapi aleh2 dapat invitation.. short notice plak tu.. nasib baik tak gi booking tiket.. kalau tak membazir je.. gigih la aku dari shah alam patah balik ke KL dengan selaju2 nye... hehe
Meh khal review sikit tentang teater ni.. (chewah!! padahal tak pandai pun nk review2 bagai ni)
Teater ni berkisahkan tentang Nora seorang yang mempunyai kehidupan yang serba serbi lengkaplah..ada paras rupa yang menawan, ada harta, ada kelab, penyanyi terkenal... awal2 teater ni khal tak dapat nk cerita sangat sebab khal masuk 30 minit lambat akibat tersekat dalam tarffic.. T_T
Masa khal masuk panggung dah sampai part Nora (Tiara Jacquelina) ditawarkan untuk berlakon oleh Roger (Ryan Silverman) dalam sebuah filem ejen perisik ala2 James Bond tu.. tapi yang ni versi pompuan lah.. Nora pun setuju je.. dia ingat betol2 nak berlakon untuk filem.. tapi ade agenda lain pulak.. dari situ bermula lah penceritaan tentang Nora sebagai 'SPY WOMEN' yang sangat bergaya okey!!
Di tengah2 babak muncul lah Mr.J (Pak Nil) dalang untuk sendikit pemerdagangan manusia dengan pembantu nya lupe dah name dia (Aaron Khalid)... part Pak Nil memang lucu sangat.. khal tabik spring lah dengan Pak Nil.. setiap baris skrip dia yang ada perkataan huruf 'R' dia boleh ingat dengan lancar nya!!! kalau khal memang dah terbelit2 dah lidah... haha
Oh ya.. ade lagi pelakon yang sangat comel..Khatijah (Adibah Nor) sebagai pembantu Nora.. dan Farouk (Tony Eusoff) seorang saintis yang suka dengan innovation.. semua barang2 perisik Nora dia lah yang buat.. part yang paling tak boleh lupa bila Khatijah dan Farouk terbang di babak2 terakhir.. sangat comel!!! first time taw tengok teater ade terbang2 bagai ni.. huhu..
Dari segi set pentas dan lighting memang sangat impress!!! cantek ok... nampak meriah je.. sesuai untuk setiap babak yang di pentas kan.. penari dia pun semua nye lentik gittew.. khal perasan ade HMC Phlow ok.. meltong tengok dia menari !!
One word for this teater is SUPERB!!!!! two thumbs up!!!
Tahniah kepada semua crew2 yang bertungkus lumus menjayakan teater ala2 international ni... Congrates to Enfiniti Vission Media Production...!!
So ade sesiapa peminat teater kat sini?? Haa.. dah tengok belum teater The Secret Life of Nora??
Khal dah tengok dah... Anda bila lagi??
Khal nak gi tengok lagi ahad ni dengan member.. sebab khal terlepas babak 30 minit pertama.. sangat rugi di situ.. sob2.. so kalau berminat cepat2 gi beli tiket.. pementasan sampai 16 Okktober ni... khal dah usha dah tiket untuk sabtu almost full.. thats why pergi ahad.. hehe.. kepada sesiapa yang akan menonton teater The Secret Life of Nora.. Enjoy the theatre ok!!
| Kodak momentos... ^_^ | ||||
Me.. Qarl.. Ain
kepoyo-an disitu ye.. sila abaikan..
Oh HizamiLi laaa...
tadaaa... nak jugak tempek muka sorang2 kan.. eh baru perasan aku tutup muka Nora.. feeling2 nak bergambau dengan hero tuu bole??.. hehe.. nampak tak dia jeling kat aku.. kau hado??
p/s: all pictures credit to Qarl..
Have a nice day..
Assalamualaikum..



0 comments:
Post a Comment